KD Tunku Abdul Rahman
KUALA LUMPUR - Kapal selam pertama negara, KD Tunku Abdul Rahman, sudah berada di perairan Selat Melaka menuju ke Pelabuhan Klang untuk upacara sambutan rasmi yang akan diserikan dengan keberangkatan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah pagi esok.
Turut menyambut ketibaan kapal selam jenis Scorpene itu ialah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Azizan Ariffin.
“Orang ramai berpeluang menyaksikan upacara tersebut melalui siaran langsung program “Hello On Two” di TV2 RTM mulai 7.50 pagi,” kata Lt Kdr Masliza Maaris, Pegawai Perhubungan Awam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), ketika dihubungi di sini Rabu.
KD Tunku Abdul Rahman (KD TAR) dikendalikan Komander Zulhelmy Ithnain bersama 35 krew.
Masliza berkata kapal selam itu akan berada di Pangkalan TLDM Pulau Indah sehingga Jumaat sebelum ia belayar ke Pangkalan TLDM Lumut. KD TAR dijadual tiba di Pangkalan Teluk Sepanggar di Sabah pada 17 Sept.
Kapal selam itu akan dipamerkan kepada orang ramai semasa Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Lima’09 di Langkawi dari 1 hingga 5 Dis ini.
KD TAR tiba di tanah air selepas perjalanan selama 55 hari mulai 11 Julai dari limbungan pembinaannya di Toulon, Perancis. Ia singgah di Jeddah, Djibouti dan Cochin di India.
Malaysia menempah dua kapal selam baru jenis Scorpene dengan kos pembelian berjumlah RM3.4 bilion pada 2002 yang dibina secara bersama oleh DCNS dari Perancis dan Navantia, syarikat pembuat kapal selam dari Sepanyol.
Ia menjadi lambang kemegahan terbaru TLDM yang akan menyambut ulangtahun ke-75 tahun ini dan kedua-dua kapal selam itu dinamakan sempena nama perdana menteri negara pertama dan kedua.
Scorpene, kapal selam jenis tempur konvensional itu mampu mengawasi perairan negara pada kedalaman 100 hingga 200 meter, antara lain dilengkapi dengan enam tiub peluru berpandu yang boleh dilancarkan serentak, peluru berpandu antikapal permukaan dan torpedo antikapal selam.
Kapal selam berkuasa diesel dan elektrik dengan kelajuan 20 knot nautika itu berkemampuan membawa 10 torpedo dan 30 periuk api, manakala pengisian peluru berpandu menggunakan sistem automatik sepenuhnya.
Pada Januari lepas, KD Tunku Abdul Rahman diserah secara rasmi kepada TLDM di Toulon.
Kapal selam kedua negara, KD Tun Razak, yang akan ditauliahkan pada Oktober ini dijangka memulakan pelayaran ke tanah air pada Januari tahun depan dan tiba dua bulan kemudian.(Sumber : Bernama)
Kamis, 03 September 2009
KD Tunku Abdul Rahman Tiba Di Perairan Selat Melaka
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
-
Tiga Sukhoi Su-27 SKM Tiba 5 September JAKARTA - Tiga pesawat Sukhoi buatan Rusia jenis Su-27SKM direncanakan datang 5 September 2010. Ketig...
-
JAKARTA - Departemen Pertahanan menyatakan, pengadaan dua kapal selam baru bagi TNI Angkatan Laut akan ditunda sampai 2011, karena keterbata...
-
11 Oktober 2009, Bandung -- PT Pindad (Persero) Oktober ini akan mengekspor 1 juta butir amunisi ke sebuah klub olahraga menembak di Amerika...
-
SAMARINDA - Jajaran TNI akan segera membangun pangkalan udara (Lanud) di Kabupaten Berau (Kalimantan Timur), maksud pembangunan lanud ini be...
-
JAKARTA - Departemen Pertahanan (Dephan), Departemen Keuangan (Depkeu) dan Bappenas mengadakan rapat koordinasi rutin pengadaan alat utama s...
-
JAKARTA - Korps Marinir TNI Angkatan Laut dan Korps Marinir Amerika Serikat (US Marine Corps/USMC) sepakat untuk meningkatkan kerja sama, te...
-
Jakarta - Belum genap 2 bulan setelah jatuhnya pesawat Fokker A 2703 di Bandung, kini TNI AU kembali berduka. Sebuah pesawat Hercules C-130 ...
Tidak ada komentar:
Posting Komentar